Sekolah Menengah Kebangsaan Selandar

Misi dan Piagam Pelanggan SMK Selandar

Home
Masuk Markah
Misi dan Piagam Pelanggan SMK Selandar
Barisan Pentadbir & Carta organisasi
Guru-guru Dedikasi SMK Selandar
Lokasi Smk Selandar dan Warna pada Logo
Download File
Subjek Elektif Ting 4 dan 5
Ruangan Pelajar
Aktiviti dan Kejayaan

 
 
 
MISI SMK SELANDAR
  • Melahirkan murid-murid yang mempunyai kecenderungan dan minat yang mendalam untuk menguasai ICT memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris bagi merealisasikan pencapaian cemerlang dalam Sains dan Matematik.
  • Memastikan persekitaran sekolah yang kondusif dan bermaklumat agar murid dapat belajar dalam suasana tenang, harmonis dan memberangsangkan.
  • Menempatkan SMK Selandar sebagai institusi pendidikan yang dibanggakan melalui peningkatan prestasi akademik yang baik, disiplin yang membanggakan serta kepimpinan terpuji.
  • Memastikan semua guru dan kakitangan mengamalkan budaya kerja dan mutu kerja yang cemerlang dengan memfokuskan kepada budaya kerja secara berpasukan dan semangat kekeluargaan.
  • Melengkapkan murid-murid dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran supaya dapat bersaing dan berketrampilan dalam pelbagai bidang yang diceburi

 
 
 
PIAGAM PELANGGAN SMK SELANDAR
 
Kami tenaga pendidik dan kakitangan SMK Selandar dengan penuh tekad dan iltizam bersedia :
  • Mendidik dan mengembangkan bakatpelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan melalui  bidang kurikuklum dan kokurikulum.
  • Memberi layanan baik dan perkhidmatan yang segera kepada semua pelanggan sekolah.
  • Menyatupadukan seluruh warga sekolah melalui penghayatan budaya ilmu dan etika kesopanan serta kesusilaan.
  • Bergerak secara dinamik dalam bidang kurikuklum dan kokurikulum.
  • Menerapkan budaya penyayang di kalangan warga SMK Selandar

Welcome to SMK Selandar 77500 Selandar Melaka